Isnin, 28 Januari 2013

Cameron Highlands: Jalan Berliku Namun Tetap Menggamit Pengunjung

Apakah daya tarikan Cameron Highlands?



Jika terbayangkan Cameron Highlands, terlintas persekitarannya yang dikelilingi hutan hujan tropika, ladang teh yang menghijau, kebun strawberi dan sayur-sayuran yang mempersonakan. Selain itu, udaranya yang nyaman dan suhunya yang sejuk pasti mengujakan. Adakah ini tarikannya? Walaupun melalui jalan yang sempit dan berliku lebih 1 jam dari Highway Tapah ke Cameron, ianya tidak menghalang pelbagai lapisan pelancong mengunjunginya. 

Sedikit coretan sepanjang kunjungan ke Cameron Highlands baru-baru ini sempena Cuti Taipusam diharapkan dapat dikongsi bersama. Mudah-mudahan ianya dijadikan panduan kepada semua yang akan berkunjung ke sana.

Percutian dirancang hanya dalam tempoh 2 minggu sebelum bertolak. Sempena Cuti Taipusam yang jatuh pada hari Ahad dan digantikan pada hari berikutnya. Jadilah cuti 3 hari. Sudah dijangka dari awal, pasti masalah penginapan dan highway akan 'jem' pada hari tersebut. Justeru, kami merancang bertolak awal dari JB pada petang hari Jumaat dan menginap sementara di Hotel R&R Rawang. Awal-awal pagi (7am) sabtu kami dah bertolak dari Rawang ke Cameron Highland. Perjalanan lancar dan itulah yang dirancang. Elakkan kesesakan. Sekitar jam 10.00 pagi kami dah sampai ke pekan Brinchang.


Kebun strawberi YZ Agro Farm



 Jem Strawberi home made.

Lokasi pertama adalah misi menikmati strawberi. Ada beberapa buah ladang di sini yang dimiliki oleh orang Islam seperti YZ Agro Farm, Taman Agro Al Mansoor dan beberapa lagi. Yang penting kita dapat menikmati hasil proses strawberi seperti milk shake strawberi, home made ice cream dan lain-lain lagi tanpa was-was sambil dikelilingi kebun strawberi yang lebat berbuah. Lagi-lagi makan strawberi dengan coklat cair. Memang mengasyikkan. 

Pilih, petik, timbang dan bayar..


Kalau tak nak petik..pilih yang tersedia.


Subur dan dikatakan dituai hampir 120kg sehari.

Tiba tengahari, laluan naik ke pekan Brinchang semakin sesak. Memang dah dijangka. Ramai mula sampai untuk check in ke hotel masing-masing agaknya. Kami last minute booking, tak banyak pilihan. Memang dah dijangka. Hotel Muslim di pekan Tanah Rata menjadi penginapan tanpa pilihan. Hotel baru, banyak perkara boleh diperbaiki antaranya tak ada cermin muka disediakan. Menggelabah orang rumah nak bersolek. Namun, harganya masih murah berbanding lain-lain hotel se'standard' dengannya. Siap sarapan pagi. Yang penting, kita kena support produk orang Islam. 


Hotel Muslim di pekan Tanah Rata.

Satu lagi misi yang perlu dikunjungi adalah pasar malam di Brinchang. Shooping time. Memang tak menang tangan dibuatnya. Pelbagai jenis barangan dari buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan hinggalah ke makanan dijual disini. 

 Cinta yang boleh dijual beli..


 Segar dari ladang..


 Sate strawberi..


 Jeruk strawberi..wajib beli sebagai buahtangan


Bunga segar..memang murah

Tak sah kalau ke Cameron Highlands kalau tak ke ladang teh. Terdapat beberapa lokasi yang boleh dilawati. Kami memilih Cameron Valley di Kampung Palas. Kami tiba awal pagi sekitar jam 9.00 pada hari kedua (Ahad) dan suasana masih lengang. Di kelilingi ladang teh yang menghijau sambil menghirup green tea (teh hijau) segar. Pelbagai jenis minuman teh disediakan. Order dan bayar. Harganya 'tepuk dada tanya poket'.

Pokoknya rendang..



saujana mata memandang..


 Pelbagai hidangan teh boleh dinikmati..


Pelbagai jenis teh yang dijual di sini..


Selain itu, pelbagai lokasi lain boleh dilawati. Kami juga telah memilih Taman Rama-rama, Kebun Kaktus & Bunga dan Taman Agro MARDI sebagai pilihan. Rasanya jutaan pelancong telah memilih Cameron sebagai destinasi pelancongan. Namun, kenapa keindahan hiasan landskap di pekan Tanah Rata dan Brinchang masih 'biasa-biasa' jer? Sepatutnya dengan keistimewaan yang dimiliki oleh Cameron dan tidak ada di tempat lain di Malaysia, ianya perlu di'solek' lebih menarik dan indah. Diharapkan pihak Majlis Tempatan lebih peka untuk menghias laluan sepanjang laluan ke Cameron dengan 'aksesori' yang luar biasa untuk tatapan pelancong dalam dan luar negara. Jumpa lagi..

Rabu, 23 Januari 2013

Casting di Punggai..catch & release


Menyelongkar Lubuk Kian Terancam


 Mencuba di lokasi berpotensi.


 Sekali pandang dah macam pemotong rumput di tepian lombong..Lokasi cantik buatan manusia.


 Ada katak terbang di hujung joran. Kena berjalan jauh dari satu lubuk ke satu lubuk.


 Selamat menjalani kehidupan..semoga cepat membesar. Catch & release.
Hasil trip kali ini sedikit mendukacitakan. Hanya 4 ekor sudi menyambar 'gelekan' umpan tiruan. Itupun saiz 'budak sekolah'. Ke mana 'bapak' dan 'mak' nya? Pergi mengeteh selepas hantar anak ke sekolah atau 'maut' ditangan pemangsa durjana. Semoga telahan yang dibuat bukan realiti sebenar..


 Lokasi mendamaikan..


lagi menyenangkan. Ciptaan Yang Maha Esa hasil perbuatan manusia.

Menjengah Lubuk Belungkor

MENJENGAH LUBUK BELUNGKOR



Memunggah barang-barang memancing. 
Kelihatan kapal tunda pasir yang masih beroperasi hingga kini.





Posing dulu sebelum beraksi.



Bila sebut sahaja Tanjung Belungkor, pasti masing-masing terbayangkan Jeti Tanjung Belungkor yang menjadi salah satu laluan ke Singapura. Lokasinya lebih kurang 25 kilometer dari Desaru sebenarnya amat strategik sebagai salah satu laluan pelancong dari Singapura. Kebiasaannya pemancing lebih mengenali Kong-kong berbanding Tanjung Belungkor dari segi lokasi memancing. Jaraknya tidaklah jauh, hanya memakan masa 20 minit sahaja dari Desaru. Namun, kini pemancing dari Kong-kong pun telah sampai mencuba nasib di lubuk ini.

Sebagai anak jati parlimen Pengerang yang duduk dan membesar berhampiran dengan laut memang tidak lari daripada hobi memancing dan hobi ini turut dikongsi oleh adik beradik yang lain. Trip singkat kali ini selain untuk melepaskan gian memancing, ianya juga untuk membongkar lubuk terbaik Belungkor untuk diiktiraf sebagai salah satu lubuk ikan muara terbaik di Johor.



Hah, sembilang sudah mari..hati-hati. Belungkor salah satu lubuk sembilang terbaik kalau kena timenya. Boleh tak menang tangan dibuatnya. Trip sebelum ini pernah dapat sampai 7 kilo sembilang. Sembilang ikan masin la jadinya.



Kerapu saiz hidangan untuk 1-2 orang. Kalau makan lebih tak cukup besar lagi nie.




Merah pun ada..ni mesti kes terlepas dari sangkar ikan. 



Tidak seperti trip-trip sebelum ini, kali ini kami menggunakan khidmat tekong ‘otai’ iaitu abah sendiri..hehe..Walaupun trip sebelum ini berjaya, namun kebanyakannya ikan sembilang, gerut-gerut dan gelama lebih mendominasi tangkapan. Hanya kadang-kadang spesis seperti kerapu, tebal pipi, siakap, bebaru yang sudi menjamah umpan. Diharapkan dengan pengalaman yang luas dari tekong ‘otai’ trip kali ini akan lebih berjaya.


UMPAN & KAEDAH MEMANCING

            Trip kali ini kami menggunakan kaedah casting dan  bottom dengan berumpankan udang hidup dan udang pasar. Hanya 2 set pancing dibenarkan oleh setiap ahli bagi mengurangkan kesesakan di dalam bot. Tekong yang sudah biasa dengan lubuk di sini tidak memerlukan sonar atau GPS hanya berpandukan pengamatan dan pengalaman beliau bagi mengenalpasti ‘hotspot’ terbaik untuk trip kali ini. 





Tangkapan terberat tri kali ini. 
Lotaran gewang tepat ke sasaran lantas disambar sang siakap. 
Kalau dah rezeki tak ke mana. Jangan jealousss..




Heheh..boleh la tu..belukang pun belukang la, asalkan rockkk..



Ikan kuku masa air naik pasang..cuma saiznya tidak cukup untuk hidangan seorang makan.


Menjelang petang kami semua selamat berlabuh di jeti perikanan Tanjung Belungkor. Jelas terpancar kepuasan di wajah masing-masing. Hasil tangkapan dibawa pulang dan tidak diagihkan sama rata mengikut kaedah ‘ali baba bujang lapok’ kerana kami semua adik beradik. So, suruh mak masak asam pedas dan makan ramai2..perhh..nikmat..sampai jumpa lagi.


'Family Day' di Jojo Rakit

Lokasi Selamat untuk Kanak-Kanak Memancing di laut

 Bukan tauke rakit..penyelaras je..

 Menunggu giliran naik bot..


 Seronok untuk kanak-kanak..yg penting selamat.


 Bergambar sebelum balik.


 Di mana tumpahnya kuah, kalau tak ke mulut.


 Yang ini tak akan tumpah, dilahap jer..


 Sayonara..ala2 titanic kecil2an..jumpa lagi


Mendamaikan..