Isnin, 28 Januari 2013

Cameron Highlands: Jalan Berliku Namun Tetap Menggamit Pengunjung

Apakah daya tarikan Cameron Highlands?



Jika terbayangkan Cameron Highlands, terlintas persekitarannya yang dikelilingi hutan hujan tropika, ladang teh yang menghijau, kebun strawberi dan sayur-sayuran yang mempersonakan. Selain itu, udaranya yang nyaman dan suhunya yang sejuk pasti mengujakan. Adakah ini tarikannya? Walaupun melalui jalan yang sempit dan berliku lebih 1 jam dari Highway Tapah ke Cameron, ianya tidak menghalang pelbagai lapisan pelancong mengunjunginya. 

Sedikit coretan sepanjang kunjungan ke Cameron Highlands baru-baru ini sempena Cuti Taipusam diharapkan dapat dikongsi bersama. Mudah-mudahan ianya dijadikan panduan kepada semua yang akan berkunjung ke sana.

Percutian dirancang hanya dalam tempoh 2 minggu sebelum bertolak. Sempena Cuti Taipusam yang jatuh pada hari Ahad dan digantikan pada hari berikutnya. Jadilah cuti 3 hari. Sudah dijangka dari awal, pasti masalah penginapan dan highway akan 'jem' pada hari tersebut. Justeru, kami merancang bertolak awal dari JB pada petang hari Jumaat dan menginap sementara di Hotel R&R Rawang. Awal-awal pagi (7am) sabtu kami dah bertolak dari Rawang ke Cameron Highland. Perjalanan lancar dan itulah yang dirancang. Elakkan kesesakan. Sekitar jam 10.00 pagi kami dah sampai ke pekan Brinchang.


Kebun strawberi YZ Agro Farm



 Jem Strawberi home made.

Lokasi pertama adalah misi menikmati strawberi. Ada beberapa buah ladang di sini yang dimiliki oleh orang Islam seperti YZ Agro Farm, Taman Agro Al Mansoor dan beberapa lagi. Yang penting kita dapat menikmati hasil proses strawberi seperti milk shake strawberi, home made ice cream dan lain-lain lagi tanpa was-was sambil dikelilingi kebun strawberi yang lebat berbuah. Lagi-lagi makan strawberi dengan coklat cair. Memang mengasyikkan. 

Pilih, petik, timbang dan bayar..


Kalau tak nak petik..pilih yang tersedia.


Subur dan dikatakan dituai hampir 120kg sehari.

Tiba tengahari, laluan naik ke pekan Brinchang semakin sesak. Memang dah dijangka. Ramai mula sampai untuk check in ke hotel masing-masing agaknya. Kami last minute booking, tak banyak pilihan. Memang dah dijangka. Hotel Muslim di pekan Tanah Rata menjadi penginapan tanpa pilihan. Hotel baru, banyak perkara boleh diperbaiki antaranya tak ada cermin muka disediakan. Menggelabah orang rumah nak bersolek. Namun, harganya masih murah berbanding lain-lain hotel se'standard' dengannya. Siap sarapan pagi. Yang penting, kita kena support produk orang Islam. 


Hotel Muslim di pekan Tanah Rata.

Satu lagi misi yang perlu dikunjungi adalah pasar malam di Brinchang. Shooping time. Memang tak menang tangan dibuatnya. Pelbagai jenis barangan dari buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan hinggalah ke makanan dijual disini. 

 Cinta yang boleh dijual beli..


 Segar dari ladang..


 Sate strawberi..


 Jeruk strawberi..wajib beli sebagai buahtangan


Bunga segar..memang murah

Tak sah kalau ke Cameron Highlands kalau tak ke ladang teh. Terdapat beberapa lokasi yang boleh dilawati. Kami memilih Cameron Valley di Kampung Palas. Kami tiba awal pagi sekitar jam 9.00 pada hari kedua (Ahad) dan suasana masih lengang. Di kelilingi ladang teh yang menghijau sambil menghirup green tea (teh hijau) segar. Pelbagai jenis minuman teh disediakan. Order dan bayar. Harganya 'tepuk dada tanya poket'.

Pokoknya rendang..



saujana mata memandang..


 Pelbagai hidangan teh boleh dinikmati..


Pelbagai jenis teh yang dijual di sini..


Selain itu, pelbagai lokasi lain boleh dilawati. Kami juga telah memilih Taman Rama-rama, Kebun Kaktus & Bunga dan Taman Agro MARDI sebagai pilihan. Rasanya jutaan pelancong telah memilih Cameron sebagai destinasi pelancongan. Namun, kenapa keindahan hiasan landskap di pekan Tanah Rata dan Brinchang masih 'biasa-biasa' jer? Sepatutnya dengan keistimewaan yang dimiliki oleh Cameron dan tidak ada di tempat lain di Malaysia, ianya perlu di'solek' lebih menarik dan indah. Diharapkan pihak Majlis Tempatan lebih peka untuk menghias laluan sepanjang laluan ke Cameron dengan 'aksesori' yang luar biasa untuk tatapan pelancong dalam dan luar negara. Jumpa lagi..

Tiada ulasan: