MENJENGAH LUBUK BELUNGKOR
Memunggah barang-barang memancing.
Kelihatan kapal tunda pasir yang masih beroperasi hingga kini.
Posing dulu sebelum beraksi.
Bila sebut sahaja Tanjung
Belungkor, pasti masing-masing terbayangkan Jeti Tanjung Belungkor yang menjadi
salah satu laluan ke Singapura. Lokasinya lebih kurang 25 kilometer dari Desaru
sebenarnya amat strategik sebagai salah satu laluan pelancong dari Singapura.
Kebiasaannya pemancing lebih mengenali Kong-kong berbanding Tanjung Belungkor
dari segi lokasi memancing. Jaraknya tidaklah jauh, hanya memakan masa 20 minit
sahaja dari Desaru. Namun, kini pemancing dari Kong-kong pun telah sampai mencuba nasib di lubuk ini.
Sebagai anak jati parlimen Pengerang
yang duduk dan membesar berhampiran dengan laut memang tidak lari daripada hobi
memancing dan hobi ini turut dikongsi oleh adik beradik yang lain. Trip singkat kali ini selain untuk melepaskan gian memancing, ianya juga untuk membongkar lubuk terbaik Belungkor
untuk diiktiraf sebagai salah satu lubuk ikan muara terbaik di Johor.
Hah, sembilang sudah mari..hati-hati. Belungkor salah satu lubuk sembilang terbaik kalau kena timenya. Boleh tak menang tangan dibuatnya. Trip sebelum ini pernah dapat sampai 7 kilo sembilang. Sembilang ikan masin la jadinya.
Kerapu saiz hidangan untuk 1-2 orang. Kalau makan lebih tak cukup besar lagi nie.
Merah pun ada..ni mesti kes terlepas dari sangkar ikan.
Tidak seperti trip-trip sebelum
ini, kali ini kami menggunakan khidmat tekong ‘otai’ iaitu abah sendiri..hehe..Walaupun
trip sebelum ini berjaya, namun kebanyakannya ikan sembilang, gerut-gerut dan
gelama lebih mendominasi tangkapan. Hanya kadang-kadang spesis seperti kerapu,
tebal pipi, siakap, bebaru yang sudi menjamah umpan. Diharapkan dengan
pengalaman yang luas dari tekong ‘otai’ trip kali ini akan lebih berjaya.
UMPAN & KAEDAH
MEMANCING
Trip
kali ini kami menggunakan kaedah casting
dan bottom
dengan berumpankan udang hidup dan udang pasar. Hanya 2 set pancing
dibenarkan oleh setiap ahli bagi mengurangkan kesesakan di dalam bot. Tekong
yang sudah biasa dengan lubuk di sini tidak memerlukan sonar atau GPS hanya berpandukan pengamatan dan pengalaman beliau bagi
mengenalpasti ‘hotspot’ terbaik untuk trip kali ini.
Tangkapan terberat tri kali ini.
Lotaran gewang tepat ke sasaran lantas disambar sang siakap.
Lotaran gewang tepat ke sasaran lantas disambar sang siakap.
Kalau dah rezeki tak ke mana. Jangan jealousss..
Heheh..boleh la tu..belukang pun belukang la, asalkan rockkk..
Ikan kuku masa air naik pasang..cuma saiznya tidak cukup untuk hidangan seorang makan.
Menjelang petang kami semua selamat berlabuh di
jeti perikanan Tanjung Belungkor. Jelas terpancar kepuasan di wajah
masing-masing. Hasil tangkapan dibawa pulang dan tidak diagihkan sama rata mengikut
kaedah ‘ali baba bujang lapok’ kerana kami semua adik beradik. So, suruh mak masak asam pedas dan makan ramai2..perhh..nikmat..sampai jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan